Assalamualaikum,
Pertama, saya nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Saya minta maaf jika selama saya blogging, saya gunakan kata kata kasar. Saya hanya lah manusia biasa yg sering buat salah. Maaf jika post post saya mengenai copycats menyinggung perasaan anda. Tapi saya hanya ingin sampaikan mesej mengenai copycats. Maaf jika post saya tentang kpoppers yg terlampau membuat anda marah atau menyampah. Saya hanya ingin memberi nasihat kpd anda :) Saya tau saya tak layak beri nasihat. Tapi Islam ajarkan supaya kita sntiasa bg nasihat. Saya tak pernah berniat utk sakitkan hati anda. Hanya berniat baik sahaja :) Selamat menyambut hari raya dgn gembira bersama keluarga eh. Jangan tamak semasa makan :) Bermaafan lah dgn semua termasuk musuh anda. Jangan lah marah jika tiada yg bagi duit raya, atau yg bagi hanya sikit. Bersyukurlah kerana anda masih berkesempatan utk beraya :) Tak perlu duit raya, anda dah untung. Ingatlah yg kurang bernasib baik. Kepada yg baru kehilangan ahli keluarga, takziah dan bersabar lah dalam menghadapi ujian :)
Yournamehere